mp3 music

Monday, 21 November 2016


PENULISAN KREATIF : 7 HARI MENCINTAIKU
Kisah percintaan sepasang suami isteri yang penuh dengan konflik dalam kekeluargaan tidak dapat digambarkan dengan kesetiaan yang diberikan oleh suami terhadap isterinya yang serba kekurangan.Pasangan suami isteri tersebut dalam lingkungan 25 tahun yang bernama Mia iaitu isteri kepada Khuzairi.Walaupun isterinya yang dahulu penuh dengan kemewahan dan kini hanya tinggal sehelai sepinggang selepas kematian ayahnya. Demi kasih sayang dan juga janji yang telah diamanahkan oleh ayah Mia, Khuzairi sanggup menikahi Mia dan menjaga Mia seperti yang telah dijanjikan oleh arwah ayah Mia.Walaupun mereka dikahwinkan secara tidak rela namun,Khuzairi sangat sayangkan dan setia terhadap Mia.
            Khuzairi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami terhadap Mia dengan membawa Mia tinggal bersama keluarganya.Ketika Mia tinggal dirumah keluarga Khuzairi,banyak dugaan yang telah melanda hidup Mia. Mia tidak disukai oleh ibu mertuanya, adik ipar lelaki dan tunang adiknya tersebut. Khuzairi merupakan seorang pengembala kambing dan juga seorang doktor disebuah klinik. Dalam masa yang sama, Khuzairi juga disukai oleh seorang jururawat cantik yang merupakan peminatnya ketika dibangku sekolah dahulu yang bernama Syakila. Walaupun Syakila merupakan tunang kepada adik lelaki Khuzairi, dia masih menyimpan perasaan terhadap Khuzairi sehingga dewasa. Khuzairi sering digoda oleh Syakila namun, kesetiaan Khuzairi terhadap isterinya Mia,dia tidak pernah melayan dan selalu ingatkan Syakila tentang statusnya sebagai seorang suami terhadap Mia.
            Pada masa yang sama, ibu Khuzairi juga sering bercerita tentang keburukkan dan latar belakang keluarga Mia sebelum ini kepada Khuzairi dan mahukan supaya Khuzairi meninggalkan Mia demi kebahagian dan kebaikkan Khuzairi. Walaupun Khuzairi menerima desakkan oleh ibunya, kesetiaannya terhadap Mia tidak dapat ditandingi. Walaupun Khuzairi tidak dilayan dengan baik oleh isterinya, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami terhadap Mia. Mia merupakan seorang peguam dan berasal dari keluarga yang senang lenang.Namun setelah kematian ayahnya, dia tidak mempunyai apa-apa selain daripada suaminya iaitu Khuzairi tempat dia untuk bergantung.Dalam masa yang sama, Mia tidak menyukai kehidupannya dikampung yang serba kekurangan berbanding dahulu ketika ayahnya masih bernyawa.Mia juga tidak menyanyangi suaminya Khuzairi kerana perkahwinan mereka hanya disuruh oleh arwah ayahnya.
            Mia bertekad untuk membuatkan Khuzairi membencinya dan melepaskannya.Namun, semakin banyak perkara yang menyakitkan hati suaminya yang telah dibuat, Khuzairi tetap setia dan sayang terhadap isterinya Mia. Walaupun Mia sering memberontak dan memarahi Khuzairi,Khuzairi tetap menerimanya dangan hati yang terbuka dan tetap berpegang pada kesetiaannya terhadap isterinya dan bertanggungjawab sebagai seorang suami. Mia sering merungut mengenai kehidupannya yang serba kekurangan berbanding dahulu kepada Khuzairi. Walupun Mia bersikap begitu, Khuzairi tidak pernah mengambil hati atas apa yang dikatakan oleh isterinya.Semakin banyak rungutan yang dilakukan oleh Mia semakin banyak hasutan dan ganguan daripada Syakila iaitu dia sering mengambil berat dan cuba untuk memikat Khuzairi dan hati ibunya untuk mengikut katanya dan menyingkirkan Mia dalam keluarga Khuzairi.Walaubagaimanapun, Khuzairi masih dengan pendirian dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami terhadap Mia. Dia sangat setia dan patuh dengan amanah yang diberikan kepadanya oleh arwah bapa mertuanya. Di samping itu, Khuzairi juga sangat saying dan setia terhadap isterinya sehingga sanggup memenuhi keperluan Mia agar Mia selesa dan berasa bahagia menjadi isterinya.
            Kehidupan Mia semakin hari semakin selesa jika dibandingankan dengan awal-awal dahulu.Mia semakin selesa dengan suasana kampung dan cuba untuk memperbaiki dirinya menjadi lebih baik terhadap keluarga Khuzairi.Selain itu, Mia juga mula jatuh hati dan sayang terhadap suaminya Khuzairi kerana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Khuzairi telah membuka hati Mia menjadi sayang dan cinta terhadap suaminya Khuzairi. Mereka menjadi sepasang pasangan yang bahagia apabila wujudnya kasih sayang dan cinta dalam hati masing-masing.
Dalam pada itu, datang pula bekas tunang Mia yang telah melarikan diri ketika dahulu sewaktu perkahwinan mereka mencari Mia dan memujuk Mia untuk kembali kepadanya kembali.Bekas tunang Mia yang bernama Khalil memujuk Mia supaya kembali kepadanya dengan memberikan cek 1 juta kepada Mia agar Mia terima pujukkannya itu. Khuzairi berasa sangat gelisah ketika itu kerana bimbangkan isteri kesayangannya balik kepada bekas tunangnya Khalil. Dengan tiba-tiba ,Mia mengambil cek tersebut lalu mengoyakkan cek tersebut dihadapan bekas tunangnya dengan alasan dia bahagia dengan kehidupan barunya bersama suaminya Khuzairi.Kesetiaan Mia terhadap Khuzairi juga mula wujud setelah Mia melihat pengorbanan yang dilakukan oleh Khuzairi tidak terhingga dan  membuatkan Mia semakin sayang terhadap suaminya itu.
 Seterusnya, rumah tangga mereka juga sering digangu oleh Syakila kerana cintanya yang sudah lama tertanam dalam hatinya terhadap Khuzairi semakin lama semakin mendalam.Semakin banyak dia melihat kebahagiaan Khuzairi dengan Mia semakin cemburu dan dendam dalam dirinya juga semakin meningkat.Dia cuba sedaya upaya untuk memikat hati Khuzairi dengan pelbagai cara biarpun tergadai masa dan waktunya sekalipun.  Dia sanggup mereka cerita mengenai Mia dan bekas tunangnya Khalil telah menjalinkan hubungan dibelakang suaminya Khuzairi. Syakila juga memburuk-burukkan Mia kepada ibu bapa Khuzairi dengan menyatakan bahawa Mia curang dibelakang Khuzairi.

Kesimpulannya, dengan kesetiaan Khuzairi yang sangat mendalam terhadap Mia, Khuzairi tidak percayakan orang lain selain isterinya sendiri iaitu Mia. Kesetiaan yang telah ditonjolkan dalam kisah hidup mereka ini sangat kuat dengan wujudnya keikhlasan dan kujujuran antara mereka. Kepercayaan juga sangat penting dalam sesuatu perhubungan kerana kesetiaan juga datang dari kepercayaan kedua-dua belah pihak. 

Sunday, 13 November 2016

PENULISAN POPULAR

CONTOH PERTAMA : BERITA SUKAN



Melaka.22 September, Pasukan Kedah telah berjaya ke Perlawanan Akhir Liga Malaysia menewaskan pasukan PDRM dengan agreget 2-1 di Stadium Hang Jebat Melaka. Pasukan Bola Sepak Kedah akan ke Perlawanan Akhir Liga Malaysia menentang Negeri Selangor.Menurut jurulatih Kedah,Tan Cheng Ho mengatakan hasrat beliau agar pemain-pemainnya berusaha dengan lebih gigih untuk merangkul Juara Piala Liga Malaysia tahun 2016.Final Piala Malaysia yang akan berlangsung pada Ahad ini sudah pastinya ditunggu-tunggu oleh ribuan penyokong setia pasukan Kedah.Pertemuan menentang Selangor di Stadium Shah Alam bagaimanapun dilihat bukan satu tugas mudah bagi skuad hijau kuning, apatah lagi perlu beraksi di kubu lawan.Namun laluan sukar itu tentunya tidak menjadi penghalang kepada pasukan kendalian Tan Cheng Hoe untuk mencipta kejayaan manis, sekali gus menebus kekecewaan  pada perlawanan akhir ketika bertemu Selangor musim lalu.

Walaubagaimanapun, Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih Kedah telah berjaya sekali lagi untuk membawa pasukannya ke final TM Piala Malaysia dan beliau sudah pastik akan mengharapkan aksi terbaik daripada tonggak tengah, Liridon Krasniqi. Pemain kelahiran Kosovo itu mempunyai skil bola yang tinggi dan sering kali membantu bahagian serangan dengan larian berbahaya ke pintu gol lawan.

Krasniqi yang kini berusia 24 tahun sudah pun menjaringkan lima gol setakat ini dalam TM Piala Malaysia 2016 tetapi permainan beliau adalah lebih daripada setakat menjaringkan gol. Krasniqi mampu menjadi sumber kreatif di tengah dengan lorongan bola kepada penyerang Kedah. Bermain di posisi tengah, beliau juga tidak lupa tanggungjawabnya semasa bertahan dan mempunyai daya saing yang tinggi.

Seorang lagi pemain Kedah yang dijangka akan menjadi watak utama di Stadium Shah Alam Ahad ini, tidak lain tidak bukan ialah Thiago Augusto. Hanya menyertai Kedah pada pertengahan musim, Augusto setakat dipinjam daripada Felda United. Walaupun hanya berada dalam pasukan Helang Merah untuk jangka masa yang pendek, Augusto telah berjaya mencapai rentak terbaik di bawah pimpinan Cheng Hoe.

Sebagai pemain kelahiran Brazil, Augusto juga mempunyai skil individu yang tinggi yang membolehkannya melepasi kekangan lawan dengan senang. Walaupun kebiasaannya diletakkan dalam posisi nombor "10" di belakang Shane Smeltz, Augusto telah berjaya meledakkan lima gol dalam TM Piala Malaysia. Persefahaman baik antara Augusto dan Krasniqi mungkin menjadi penentu pemenang final nanti.


CONTOH KEDUA : KOMIK





PENDEDAHAN : 
1) Resepi Sandwich Telur dan Milo Panas





2) Toturial Shawl


PENGALAMAN MENAIKI PANTING 



             Pengalaman yang saya dapat ketika menaiki banting pada pagi Khamis tempoh hari, ialah dapat mengamati keindahan waktu pagi dengan keadaan air sungai yang tenang dan menyegarkan minda.Selain itu, saya juga dapat menghirup udara pagi yang nyaman dengan kicauan burung-burung dan kehijauan alam disekeliling sungai tersebut.  Tambahan pula,perasaan saya untuk pertama kali saya menaiki banting tersebut ialah saya berasa sangat seronok dan teruja terutama bersama kawan-kawan yang lain.Saya berharap agar aktiviti diluar kelas seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Setelah hampir 3 tahun berada di UUM,hari demi hari berlalu pelbagai perkara sudah dilalui.Pelbagai ilmu sudah dipelajari tetapi masih banyak belajar,masih banyak merasa kekurangan.Apa yang penting,saya mendapat banyak pengalam berada di universiti rimba hijau.
       Pada pagi khamis lalu,kami dan kawan-kawan sekelas telah pergi Menaiki panting di sungai UUM.Bagi saya,itulah pengalam pertama saya menaiki panting.Kami berasa sangat teruja melihat keunikan ukiran panting tersebut kerana semua dibuat daripada kayu dan bentuk yang sangat unik cantik.       Bagi saya,tidak semua pelajar yang berada di UUM telah menaiki panting.Pagi itu,kami menaiki Panting seramai enam orang sahaja mengikut had muatan.Sebelum menaiki panting,saya menyangkakan panting seperti rakit,perahu,sampan tapi setelah menaiki panting ternyata ia lebih selesa berbanding yang lain.Sebelum ini,saya sudah menaiki rakit,sampan,perahu,tapi ia agak berbeza dengan panting yang saya naiki kerana ia agak lebih tenang,selesa,dan sambil itu boleh mengambil gambar.     Daripada jeti,kami bergerak melalui lawan arus air sugai yang agak tenang dan berpatah balik mengikut arus air.kami dipandu oleh juru pandu yang terlatih menggunakan galah yang panjang.Akkan tetapi,saya berasa agak sedih melihhat keadaan air Sungai yg begitu keruh.Mungkin kerana perbuatan manusia atau hujan.walaupun begitu,saya melihat sungai itu begitu cantik kerana dihiasi pokok kayuan yang hijau.Apapun kami merasakan itu pengalaman yang seronok buat pertama kali menaiki panting.       Akhir kata dari saya,kiata patut bersyukur mempunyai universiti yang begitu cantik dikelilingi keidahan alam semulajadi.seperti sungai,pokok-pokok besar,hutan yang boleh diterokai dan lain-lain.Pada pendapat saya,menaiki panting ini perlulah dipromosikan kepada ramai lagi pelajar di UUM.
KAJIAN ILMIAH
SMK TUNKU ANUM TUNKU ABD RAHMAN




Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman atau nama ringkasnya SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Tok Jalai,. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman memiliki 550 pelajar lelaki dan 390 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 940 orang. Ia mempunyai seramai 86 orang guru. Sesi persekolahan 1983/84 yang bermula Disember 1983, tertubuhlah Sekolah Menengah Tok Jalai. Ia dipelopori oleh 7 orang tenaga akademik dan dibantu seorang kerani. Persekolahan ini ditumpangkan buat sementara di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Jitra.
Tanggal 19 Februari 1984, warga SM Tok Jalai berjumlah 124 orang pelajar mula menduduki bangunan tetapnya. Projek pembinaan pasang siap di atas tanah seluas 23 hektar ini terdiri daripada 3 blok bangunan 2 tingkat berserta kemudahan sebuah bengkel kemahiran hidup dan sebuah kantin.Pada era kepimpinan En Zainal bin Abdul Rahman (1988-1991) SM Tok Jalai telah ditukar namanya kepada SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Penjenamaan semula nama sekolah dilakukan sebagai pengiktirafan kepadajasa dan sumbangan Tunku Anum sebagai pejuang kebebasan Kedah dan Raja Kubang Pasu Darul Qiam yang pertama
Pada tahun 2012 - Pasukan bolasepak SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman bawah 14 tahun dan bawah 17 tahun telah menjadi juara liga Kementerian Pelajaran Malaysia.Saya telah menemu ramah salah seorang jurulatih bola sepak sekolah tersebut.Hasil daripada temu ramah yang dijalankan,beliau menyatakan bahawa 2 orang pemain bola telah mewakili pasukan bola Negeri Kedah.
HIJAU DAUN



Kehijauan warna daun yang memberikan ketenangan kepada minda seseorang. Persekitarannya yang tenang dan kondusif. Pengamatan warna hijau pada tumbuhan memberikan keindahan pemandangan pada pandangan mata manusia.Masalah dan kerungsinagn akan mulai reda apabila melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan disekeliling.Kehijauan tumbuhan menyegarkan lagi kenyamanan di waktu pagi yang hening ini.Ditambah pula dengan bunyi kicauan burung yang berterbangan dan hinggap pada dahan pokok umpama seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja kepada anak-anaknya demi mencari sesuap nasi dan memenuhi segala permintaan anaknya tanpa pernah mengeluh dan berasa penat.Begitu juga dengan sehelai daun yang bewarna hijau telah mengembirakan hati seseorang yang berduka seperti ibu bapa yang mengembirakan anak mereka yang dalam kemurungan.