Khuzairi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
suami terhadap Mia dengan membawa Mia tinggal bersama keluarganya.Ketika Mia
tinggal dirumah keluarga Khuzairi,banyak dugaan yang telah melanda hidup Mia.
Mia tidak disukai oleh ibu mertuanya, adik ipar lelaki dan tunang adiknya
tersebut. Khuzairi merupakan seorang pengembala kambing dan juga seorang doktor
disebuah klinik. Dalam masa yang sama, Khuzairi juga disukai oleh seorang
jururawat cantik yang merupakan peminatnya ketika dibangku sekolah dahulu yang
bernama Syakila. Walaupun Syakila merupakan tunang kepada adik lelaki Khuzairi,
dia masih menyimpan perasaan terhadap Khuzairi sehingga dewasa. Khuzairi sering
digoda oleh Syakila namun, kesetiaan Khuzairi terhadap isterinya Mia,dia tidak
pernah melayan dan selalu ingatkan Syakila tentang statusnya sebagai seorang
suami terhadap Mia.
Pada masa yang sama, ibu Khuzairi juga sering bercerita
tentang keburukkan dan latar belakang keluarga Mia sebelum ini kepada Khuzairi
dan mahukan supaya Khuzairi meninggalkan Mia demi kebahagian dan kebaikkan
Khuzairi. Walaupun Khuzairi menerima desakkan oleh ibunya, kesetiaannya
terhadap Mia tidak dapat ditandingi. Walaupun Khuzairi tidak dilayan dengan
baik oleh isterinya, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
suami terhadap Mia. Mia merupakan seorang peguam dan berasal dari keluarga yang
senang lenang.Namun setelah kematian ayahnya, dia tidak mempunyai apa-apa
selain daripada suaminya iaitu Khuzairi tempat dia untuk bergantung.Dalam masa
yang sama, Mia tidak menyukai kehidupannya dikampung yang serba kekurangan
berbanding dahulu ketika ayahnya masih bernyawa.Mia juga tidak menyanyangi
suaminya Khuzairi kerana perkahwinan mereka hanya disuruh oleh arwah ayahnya.
Mia bertekad untuk membuatkan Khuzairi membencinya dan
melepaskannya.Namun, semakin banyak perkara yang menyakitkan hati suaminya yang
telah dibuat, Khuzairi tetap setia dan sayang terhadap isterinya Mia. Walaupun Mia
sering memberontak dan memarahi Khuzairi,Khuzairi tetap menerimanya dangan hati
yang terbuka dan tetap berpegang pada kesetiaannya terhadap isterinya dan
bertanggungjawab sebagai seorang suami. Mia sering merungut mengenai
kehidupannya yang serba kekurangan berbanding dahulu kepada Khuzairi. Walupun
Mia bersikap begitu, Khuzairi tidak pernah mengambil hati atas apa yang
dikatakan oleh isterinya.Semakin banyak rungutan yang dilakukan oleh Mia
semakin banyak hasutan dan ganguan daripada Syakila iaitu dia sering mengambil
berat dan cuba untuk memikat Khuzairi dan hati ibunya untuk mengikut katanya
dan menyingkirkan Mia dalam keluarga Khuzairi.Walaubagaimanapun, Khuzairi masih
dengan pendirian dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami terhadap Mia. Dia
sangat setia dan patuh dengan amanah yang diberikan kepadanya oleh arwah bapa
mertuanya. Di samping itu, Khuzairi juga sangat saying dan setia terhadap
isterinya sehingga sanggup memenuhi keperluan Mia agar Mia selesa dan berasa
bahagia menjadi isterinya.
Kehidupan Mia semakin hari semakin selesa jika
dibandingankan dengan awal-awal dahulu.Mia semakin selesa dengan suasana
kampung dan cuba untuk memperbaiki dirinya menjadi lebih baik terhadap keluarga
Khuzairi.Selain itu, Mia juga mula jatuh hati dan sayang terhadap suaminya
Khuzairi kerana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Khuzairi telah membuka
hati Mia menjadi sayang dan cinta terhadap suaminya Khuzairi. Mereka menjadi
sepasang pasangan yang bahagia apabila wujudnya kasih sayang dan cinta dalam
hati masing-masing.
Dalam
pada itu, datang pula bekas tunang Mia yang telah melarikan diri ketika dahulu
sewaktu perkahwinan mereka mencari Mia dan memujuk Mia untuk kembali kepadanya
kembali.Bekas tunang Mia yang bernama Khalil memujuk Mia supaya kembali
kepadanya dengan memberikan cek 1 juta kepada Mia agar Mia terima pujukkannya
itu. Khuzairi berasa sangat gelisah ketika itu kerana bimbangkan isteri
kesayangannya balik kepada bekas tunangnya Khalil. Dengan tiba-tiba ,Mia
mengambil cek tersebut lalu mengoyakkan cek tersebut dihadapan bekas tunangnya
dengan alasan dia bahagia dengan kehidupan barunya bersama suaminya Khuzairi.Kesetiaan
Mia terhadap Khuzairi juga mula wujud setelah Mia melihat pengorbanan yang
dilakukan oleh Khuzairi tidak terhingga dan
membuatkan Mia semakin sayang terhadap suaminya itu.
Seterusnya, rumah tangga mereka juga sering
digangu oleh Syakila kerana cintanya yang sudah lama tertanam dalam hatinya
terhadap Khuzairi semakin lama semakin mendalam.Semakin banyak dia melihat
kebahagiaan Khuzairi dengan Mia semakin cemburu dan dendam dalam dirinya juga
semakin meningkat.Dia cuba sedaya upaya untuk memikat hati Khuzairi dengan
pelbagai cara biarpun tergadai masa dan waktunya sekalipun. Dia sanggup mereka cerita mengenai Mia dan
bekas tunangnya Khalil telah menjalinkan hubungan dibelakang suaminya Khuzairi.
Syakila juga memburuk-burukkan Mia kepada ibu bapa Khuzairi dengan menyatakan
bahawa Mia curang dibelakang Khuzairi.
Kesimpulannya,
dengan kesetiaan Khuzairi yang sangat mendalam terhadap Mia, Khuzairi tidak
percayakan orang lain selain isterinya sendiri iaitu Mia. Kesetiaan yang telah
ditonjolkan dalam kisah hidup mereka ini sangat kuat dengan wujudnya keikhlasan
dan kujujuran antara mereka. Kepercayaan juga sangat penting dalam sesuatu
perhubungan kerana kesetiaan juga datang dari kepercayaan kedua-dua belah
pihak.
No comments:
Post a Comment