Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman atau nama ringkasnya SMK
Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan
yang terletak di Tok Jalai,. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum
Tunku Abdul Rahman memiliki 550 pelajar lelaki dan 390 pelajar perempuan,
menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 940 orang. Ia mempunyai seramai 86
orang guru. Sesi persekolahan 1983/84 yang bermula Disember 1983,
tertubuhlah Sekolah Menengah Tok Jalai. Ia dipelopori oleh 7 orang tenaga
akademik dan dibantu seorang kerani. Persekolahan ini ditumpangkan buat
sementara di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Jitra.
Tanggal 19 Februari 1984, warga SM Tok Jalai berjumlah
124 orang pelajar mula menduduki bangunan tetapnya. Projek pembinaan pasang
siap di atas tanah seluas 23 hektar ini terdiri daripada 3 blok bangunan 2
tingkat berserta kemudahan sebuah bengkel kemahiran hidup dan sebuah kantin.Pada
era kepimpinan En Zainal bin Abdul Rahman (1988-1991) SM Tok Jalai telah
ditukar namanya kepada SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Penjenamaan semula
nama sekolah dilakukan sebagai pengiktirafan kepadajasa dan sumbangan Tunku
Anum sebagai pejuang kebebasan Kedah dan Raja Kubang Pasu Darul Qiam yang pertama
Pada tahun 2012 - Pasukan bolasepak SMK Tunku Anum
Tunku Abdul Rahman bawah 14 tahun dan bawah 17 tahun telah menjadi juara liga
Kementerian Pelajaran Malaysia.Saya telah menemu ramah salah seorang jurulatih
bola sepak sekolah tersebut.Hasil daripada temu ramah yang dijalankan,beliau
menyatakan bahawa 2 orang pemain bola telah mewakili pasukan bola Negeri Kedah.
No comments:
Post a Comment