mp3 music

Monday, 5 December 2016

PENGALAMAN MASUK UUM

Universiti ini merupakan sebuah university yang berada di utara semenanjung iaitu Universiti Utara Malaysia atau nama singkatan UUM. Lepas habis Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia atau STPM saya ditawarkan belajar peringkat ijazah sarjana muda dekat UUM ini. Memang masa isi UPU dulu, UUM ialah pilihan pertama saya tapi tidak menyangka akhirnya saya ditawarkan menyambung ijazah dekat sini. Dulu sebelum masuk UUM, rasa gembira sebab dapat menyambung pengajian dekat universiti pilihan pertama dan bersyukur kepada Allah. Sebelum masuk ke sini ramai kawan-kawan mengejek saya kerana dapat masuk universiti dalam hutan dan jauh daripada keluarga. Bagi saya semua itu tidak penting kerana mungkin ada hikmah disebaliknya untuk saya. dalam surat tawaran UUM saya dapat menyambung pengajian dalam bidang ijazah sarjana muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM).

Kini tibalah masa yang ditunggu oleh saya untuk mendaftar sebagai seorang mahasiswa  UUM iaitu pada 1 September 2013 secara rasminya. Masa mula-mula saya daftarkan diri di dewan penginapan pelajar (DPP) laluan C iaitu Dewan Penginapan Pelajar Bank Muamalat. Dewan penginapan pelajar ini boleh dikatakan sebagai asrama bagi pelajar-pelajar UUM. DPP BANK MUAMALAT ini menjadi tempat tinggal saya bagi minggu suai kenal atau orentasi. Rakan sebilik saya semasa di DPP Bank Muamalat merupakan orang Kedah dan satu program dengan saya. Kami tidak mempunyai masalah komunikasi antara saya dengan rakan keranna masing-masing menggunakan Bahasa loghat yang sama.

Kini tibalah hari pertama saya ke kuliah. Hari pertama ke kuliah begitu mendebarkan dan perasaan takut menyelubungi diriku kerana memikirkan perwatakan pensyarah samada baik atau garang dan tidak tahu cara pembelajaran di universiti macam mana. Pada hari pertama kuliah saya bersiap awal untuk ke kuliah. Budak baru memang awal-awal semester pergi kelas awal. Semasa sampai di dalam kampus saya menghadapi masalah mencari dewan kuliah kerana di UUM kerana terlalu banyak. Dengan bantuan seorang perempuan yang saya fikir senior, saya dapat menjumpai bilik kuliah tersebut.

Selepas sehari demi sehari aku melanjutkan pelajaran di universiti saya berasa bertuah kerana diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di university berbanding orang lain di luar sana. Semasa awal semester saya menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran baru saya hadapi dalam membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mana tidaknya saya tidak tahu membuat tugasan yang betul berbanding di sekolah dahulu yang sentiasa dibimbing oleh guru-guru. Setelah itu barulah saya tahu cara membuat tugasan yang betul selepas bertanya senior dan pensyarah.
Setelah empat bulan belajar di UUM, peperiksaan akhir semester pertama bagi saya bermula. Pada mulanya saya agak risau untuk menghadapinya kerana menganggap diri ini tidak cukup ilmu lagi untuk menghadapi peperiksaan. Semasa hari pertama saya menghadapi peperiksaan di dewan utama iaitu Dewan Muadzan Shah atau DMAS saya kerap kali keluar ke tandas kerana sejuk dengan keadaan yang hujan di kuar dewan ditambah dengan kesejukan panghawa dingin.


Saya berharap semester lepas biarkan ia berlalu pergi dengan kenganan manis dan pahit. Sampai di sini saja yang mampu saya kongsikan pengalaman dan kenangan saya semasa di UUM untuk semester pertama. Terima kasih kerana sudi membaca nukilan say yang tidak seberapa ini.

2 comments:

  1. salam,saya nak tnya ijazah sarjana muda pengurusan industri kreatif ni mcam mna ye?

    ReplyDelete
  2. Salam, nak Tanya Kos ni belajar dalam bahasa apa ye?

    ReplyDelete