mp3 music

Monday, 5 December 2016

PENGALAMAN MASUK UUM

Universiti ini merupakan sebuah university yang berada di utara semenanjung iaitu Universiti Utara Malaysia atau nama singkatan UUM. Lepas habis Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia atau STPM saya ditawarkan belajar peringkat ijazah sarjana muda dekat UUM ini. Memang masa isi UPU dulu, UUM ialah pilihan pertama saya tapi tidak menyangka akhirnya saya ditawarkan menyambung ijazah dekat sini. Dulu sebelum masuk UUM, rasa gembira sebab dapat menyambung pengajian dekat universiti pilihan pertama dan bersyukur kepada Allah. Sebelum masuk ke sini ramai kawan-kawan mengejek saya kerana dapat masuk universiti dalam hutan dan jauh daripada keluarga. Bagi saya semua itu tidak penting kerana mungkin ada hikmah disebaliknya untuk saya. dalam surat tawaran UUM saya dapat menyambung pengajian dalam bidang ijazah sarjana muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM).

Kini tibalah masa yang ditunggu oleh saya untuk mendaftar sebagai seorang mahasiswa  UUM iaitu pada 1 September 2013 secara rasminya. Masa mula-mula saya daftarkan diri di dewan penginapan pelajar (DPP) laluan C iaitu Dewan Penginapan Pelajar Bank Muamalat. Dewan penginapan pelajar ini boleh dikatakan sebagai asrama bagi pelajar-pelajar UUM. DPP BANK MUAMALAT ini menjadi tempat tinggal saya bagi minggu suai kenal atau orentasi. Rakan sebilik saya semasa di DPP Bank Muamalat merupakan orang Kedah dan satu program dengan saya. Kami tidak mempunyai masalah komunikasi antara saya dengan rakan keranna masing-masing menggunakan Bahasa loghat yang sama.

Kini tibalah hari pertama saya ke kuliah. Hari pertama ke kuliah begitu mendebarkan dan perasaan takut menyelubungi diriku kerana memikirkan perwatakan pensyarah samada baik atau garang dan tidak tahu cara pembelajaran di universiti macam mana. Pada hari pertama kuliah saya bersiap awal untuk ke kuliah. Budak baru memang awal-awal semester pergi kelas awal. Semasa sampai di dalam kampus saya menghadapi masalah mencari dewan kuliah kerana di UUM kerana terlalu banyak. Dengan bantuan seorang perempuan yang saya fikir senior, saya dapat menjumpai bilik kuliah tersebut.

Selepas sehari demi sehari aku melanjutkan pelajaran di universiti saya berasa bertuah kerana diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di university berbanding orang lain di luar sana. Semasa awal semester saya menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran baru saya hadapi dalam membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mana tidaknya saya tidak tahu membuat tugasan yang betul berbanding di sekolah dahulu yang sentiasa dibimbing oleh guru-guru. Setelah itu barulah saya tahu cara membuat tugasan yang betul selepas bertanya senior dan pensyarah.
Setelah empat bulan belajar di UUM, peperiksaan akhir semester pertama bagi saya bermula. Pada mulanya saya agak risau untuk menghadapinya kerana menganggap diri ini tidak cukup ilmu lagi untuk menghadapi peperiksaan. Semasa hari pertama saya menghadapi peperiksaan di dewan utama iaitu Dewan Muadzan Shah atau DMAS saya kerap kali keluar ke tandas kerana sejuk dengan keadaan yang hujan di kuar dewan ditambah dengan kesejukan panghawa dingin.


Saya berharap semester lepas biarkan ia berlalu pergi dengan kenganan manis dan pahit. Sampai di sini saja yang mampu saya kongsikan pengalaman dan kenangan saya semasa di UUM untuk semester pertama. Terima kasih kerana sudi membaca nukilan say yang tidak seberapa ini.

Sunday, 4 December 2016

APA ITU KARYA INDIE ?

Kata “indie” berasal dari kata “independent” yang mempunyai maksud kebebasan, atau kemerdekaan .Pada zaman kebebasan maklumat dan bersuara hari ini, masyarakat dunia semakin bebas meluahkan idea dan pandangan hidup mereka dalam sesuatu isu. Setiap orang boleh menjadi penulis dan menerbitkan tulisannya dengan lebih mudah berbanding zaman dahulu. Dalam dunia penulisan hari ini, sejenis penulisan baru yang digelar sastera atau penulisan indie telah menjadi seperti sebuah fenomena. Ramai penulis baru yang tidak dikenali telah muncul dan menjadi popular dengan buku-buku mereka.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan sastera indie ini? Jika hendak dimaksudkan istilah indie kepada proses penghasilannya, iaitu menulis, menerbit dan memasarkan sendiri, istilah itu sebenarnya tidak begitu realistik dengan keadaan sebenar. Ini kerana rata-rata penulis indie ini tidak menerbitkan karya mereka sendiri, melainkan hanya segelintir yang melakukannya. Majoriti mereka masih menerbitkan di bawah label penerbitan orang lain. Sastera indie lebih tepat jika dimaksudkan kepada suatu genre penulisan baharu yang tidak mempunyai sebarang bentuk yang jelas dan dikenali sebelum ini. Bukan seperti cerpen, sajak, biografi, novel atau karangan ilmiah lain, seperti yang telah diterima umum sebelum ini. Walaupun ia sebuah novel atau sajak, ia tidaklah seperti sajak yang umum kita ketahui seperti sebelum ini.
Karya indie ini adalah daripada himpunan tulisan yang bermula di Facebook, blog dan Twitter. Ia tidak mempunyai suatu ciri-ciri penulisan yang tertentu. Ada yang bersifat sarkastik, memberontak, maki-hamun, jenaka, menentang establishment, catatan diari, nasihat agama, kata-kata pendek, catatan perjalanan dan sebagainya. Dengan kemudahan mencetak yang murah dan cara promosi yang meluas, misalnya melalui media sosial seperti Facebook atau Twitter, kemunculan karya-karya yang dipanggil indie ini semakin mendominasi, bahkan menyaingi jualan dan populariti karya-karya arus perdana. Ia telah menjadi suatu fenomena semasa. Ramai penulis baru dikenali melalui cara ini. Tidak seperti dahulu, penulis biasanya bermula daripada akhbar dan majalah-majalah arus perdana.
Selama ini menerbitkan buku adalah perkara yang agak susah, melalui tapisan yang rumit dan memakan masa yang lama. Ia tertakluk kepada genre, polisi dan kualiti yang dikenakan oleh pihak penerbit. Hari ini semua ini dapat dilanggar dengan begitu mudah sahaja. Sesiapa sahaja boleh menulis dan menerbitkan buku jika mempunyai wang. Majoriti penulisnya pula adalah muda belia yang selama ini ada yang tidak dikenali langsung. Pada masa dahulu orang yang sudah terkenal dalam bidang masing-masing yang menulis buku untuk kongsikan pengalaman dan pandangan hidup mereka, tetapi pada hari ini orang yang tidak dikenali menjadi terkenal kerana buku yang mencatat pandangan dan pengalaman hidup mereka.
Karya indie ini ditulis dan diterbit secara bebas, karya-karya ini banyak yang “kesat”, luahan mentah, syok sendiri, merapu dan biadab. Ia luahan tanpa tapisan yang teliti. Perkiraan utama mereka mungkin adalah sama ada ia boleh dijual atau tidak. Ia ditulis lebih kepada memenuhi selera dan permintaan masyarakat. Jika ditelusuri, karya-karya sebegini adalah produk daripada keadaan masyarakat. Jika masyarakat kacau-bilau, misalnya krisis politik atau kekacauan dalam memahami agama, perkara-perkara sebeginilah yang bermain dalam tulisan mereka. Ia bukanlah karya yang akan mengubah pemikiran masyarakat kepada pemikiran tertentu atau melahirkan jalan penyelesaian kepada permasalahan yang sedia ada.Ia sebenarnya adalah produk dari keadaan masyarakat, suatu refleksi atau tindak balas sosial. Luahan-luahan golongan muda dan golongan yang selama ini tidak dapat menyatakan pandangan mereka kerana tiada medium untuk menyampaikannya. Ia adalah ekspresi diri mereka berkenaan sesuatu perkara. Ia adalah jeritan-jeritan manusia yang dibelasah oleh kehidupan dunia moden hari ini.
Jika pada masa dahulu lakaran grafiti ditulis secara menyorok untuk meluahkan ketidakpuasan hati seperti di dinding, tandas awam dan tempat-tempat awam yang lain kerana perasaan malu dan takut dikenakan tindakan, hari ini ia telah dilakukan secara terbuka melalui penerbitan buku-buku. Seiring dengan dunia yang semakin bebas, ramai orang bebas bercakap dan meluahkan perasaan, makna nilai-nilai seni dan sastera tulisan-tulisan ini juga semakin kabur. Bahkan seni berbahasa yang halus ini telah diganti dengan caci-maki, sumpah-seranah dan maki-hamun sebagai ekspresi diri kepada sesuatu yang tidak disukai mereka. Dahulu orang menyampaikan kemarahannya secara berkias, tetapi di dalam penulisan indie ini, ia lebih banyak disampaikan secara terang tanpa selindung. Tiada lagi seni dalam menyampaikan sesuatu pandangan, bahkan bahasa slanga yang kasar telah menjadi suatu seni kepada mereka seolah-olah siapa yang paling lantang dan keras bahasanya, dialah yang hebat.
Ahli politik, agamawan, sosiologis, psikologis dan sebagainya patut membaca karya-karya indie sebegini untuk memahami permasalahan atau pemikiran yang ada dalam masyarakat, misalnya bagaimana manusia moden hari ini berfikir dan memandang dunia hari ini. Tulisan-tulisan ini adalah cerminan apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat, baik ataupun buruk. Ia bukanlah sebab, tetapi ia adalah akibat daripada kehidupan dunia moden hari ini. Ia adalah hasil atau produk daripada keadaan zaman hari ini. Ia tidak mengubah apa-apa. Ia mungkin tidak akan mengubah keadaan, tetapi ia sendiri adalah mangsa keadaan. Ia bukan ubat, tetapi adalah simptom-simptom penyakit dalam masyarakat jika masyarakat itu berpenyakit.
Kesimpulannya karya-karya indie ini tidaklah negatif atau buruk ,tetapi apa yang mahu dijelaskan di sini, ia adalah cerminan apa yang ada dalam masyarakat. Namun sudah pasti juga terdapat karya-karya indie yang bagus dan elok.


APA ITU DRAMA ADAPTASI ?

Penerbitan drama adaptasi daripada novel popular telah menjadi fenomena. Pengarah dan penerbit berlumba-lumba mengadaptasi novel kerana drama adaptasi mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ini juga dikatakan satu persaingan positif industri penerbitan drama negara ini. Namun banyak filem dan drama yang dihasilkan adalah melalui adaptasi daripada novel-novel cinta remaja yang tidak mempunyai nilai pemikiran yang tinggi. Jarang sekali filem serta drama yang diadaptasi daripada novel-novel yang dihasilkan oleh sasterawan hebat antaranya Sasterawan Negara (SN).Hakikatnya membikin sebuah filem dan drama daripada novel merupakan satu perkara yang cukup sukar.
Apabila sesebuah novel diadaptasi ke filem, maka ia adalah sebuah karya baharu yang menuntut alam dan pemikiran baharu. Barangkali semangat dan motifnya menjadi begitu berbeza dan ini sering mengganggu penulis novel.Ini belum lagi novel besar jatuh ke tangan pengarah kerdil pemikirannya cuma bercita-cita besar. Hasilnya novel besar dirasakan hanyut bersama ketidaksampaian pengarah yang kerdil tadi.Proses interpretasi daripada naratif teks kepada visual tidak boleh berlaku secara mudah. Ini bukan sekadar memindahkan tetapi di tengah-tengahnya harus ada interpretasi baharu. Penulis novel wajar menerima hakikat bahawa novelnya akan melahirkan karya baharu.
Maksud adaptasi adalah membaca karya novel asal kemudian menghasilkan skrip hasil interpretasi dan dibawa dalam bentuk visual (filem/drama).Namun karya adaptasi yang dilakukan oleh pengarah tempatan tidak ubah seperti menyalin bulat-bulat apa yang terkandung di dalam novel asalnya.Penulis skrip hanya menghasilkan skrip daripada apa yang ada di hadapan mata sahaja menyebabkan kebanyakan skrip dan drama tidak membawa jiwa dan pemikiran pengarang.Sebab itu hanya pengarah hebat saja mampu mengadaptasi novel yang hebat. Pengarah sememangnya boleh menambah, mencantas atau mengalih tumpuan sesebuah novel. Tetapi kerja mencantas memerlukan ilmu. Tanpa ilmu mencantas atau menambah seumpama tikus memperbaiki labu. Maka kebebasan itu bukanlah sembarangan orang boleh melakukan.
Bagi pengarah Kamal Ishak, hal ini tidak ubah seperti memindah karya asal novel kepada bentuk visual semata-mata - tiada yang lebih atau tiada yang kurang.Jelas Kamal, sepatutnya penulis skrip adaptasi perlu memahami kehendak penulis asal novel tersebut dan menghasilkan satu bentuk wacana baru.Sepatutnya penulis skrip adaptasi ini perlu bijak dan bukan hanya memindahkan cerita asal novel ke dalam skrip. Itu hanya menyalin karya asal bukannya adaptasi. Sepatutnya diselitkan satu wacana dan pemikiran baru, biar skrip adaptasi itu ada jiwanya yang tersendiri dan itu barulah yang dinamakan adaptasi.Penulis perlulah menjadi seorang pemikir dan bukannya ambil karya novel bulat-bulat," jelasnya pada Seminar Hak Cipta Dari Novel Ke Skrin di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, Rabu lalu. Bagi Kamal, penulis skrip merupakan orang yang paling penting dalam proses penghasilan karya adaptasi. Skrip yang ditulis itu akan dijadikan panduan utama kepada pengarah dalam proses pengvisualan.
Tiada pengarah yang membawa novel asal ke set penggambaran sebagai panduan, skrip yang dihasilkan oleh penulis skrip merupakan panduan serta faktor utama kejayaan sesebuah filem adaptasi itu.
Bagi pengarah, Sabri Yunus, untuk menghasilkan drama adaptasi pengarah perlu bijak melaksanakan tugasnya dalam membuat interpretasi karya asal.Seperti yang dilakukannya dalam novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (HHTSS), Sabri memberitahu, kerja adaptasinya sangat sukar untuk membawa pemikiran pengarang dalam medium berbeza. “Saya akui ada juga yang tidak suka dengan apa yang saya tambah dan hasilkan melalui drama HHTSS. Namun saya boleh berpuas hati dengan hasilnya.Adaptasi daripada novel ke skrip memang ternyata tiada masalah tetapi daripada skrip ke bentuk kepada drama merupakan satu cabaran yang besar. Banyak penonton hanya menumpukan kepada pelakon dan cerita sahaja, bahasa filem mereka semua tidak peduli.Barangkali pengarah yang menghasilkan karya adaptasi daripada novel pop tiada masalah tetapi untuk adaptasi novel besar seperti ini memang cukup sukar," ujarnya.




RUJUKAN APA

APA ITU SUMBER RUJUKAN?
Rujukan ialah senarai rujukan yang diberikan di akhir sesuatu penulisan atau karangan ilmiah.Senarai ini hanya menyenaraikan rujukan yang telah digunakan dalam bentuk citasi.

MAKSUD APA?
APA (American Psychological Association) Referencing Style ialah gaya rasmi dalam menyenaraikan sumber rujukan (references) dan citasi (citations).

CARA PENULISAN RUJUKAN BERCETAK DAN ONLINE
A.    CERAMAH

STRUKTUR:
Author, F.M. (Publication Year). Name or title of lecture [file
      format]. Retrieved from URL

CONTOH:
Jacobson, T.E. & Mackey, T. (2013). What’s in the name?:
     Information literacy, metaliteracy, or transliteracy [Powerpoint
     slides]. Retrieved from http://www.slideshare.net/tmackey/acrl-
     2013

B.     FILEM

STRUKTUR:
Pengeluar, F.M. (Penerbit), & Pengarah, F.M. (Pengarah). (Akhbar Tahun).
        Tajuk gambar bergerak [Wayang gambar]. Negara asal: Studio.

CONTOH:
Stiller, B. (Producer) & Ayoade, R. (Director). (2011).
      Submarine.[Motion picture]. United Kingdom: Film4 Productions.

C.    TWEET

STRUKTUR:
Nama pengguna. (Tahun, Bulan Tarikh). Tweet teks. Diambil dari URL.

CONTOH:
jtimberlake. (2014, June 16). USA!
    USA!!. https://twitter.com/jtimberlake/status/478689830667186176.

D.    LAGU

LEMBARAN MUZIK MENGGUNAKAN  KOMPOSER SEBAGAI SEORANG DESKRIPSI/PENGHURAI:

STRUKTUR:
Beethoven, L. (Composer). (2002). Fur Elise [Sheet music]. New York:
     Random House.

LEMBARAN MUZIK MENGGUNAKAN KOMPOSER SEBAGAI DESKRIPSI ATAU PENGHURAI DENGAN TARIKH PENERBITAN ASAL:

STRUKTUR:
Beethoven, L. (Composer). (2002). Fur Elise [Sheet music]. New York:
     Random House. (Original work published 1810).

LEMABARAN MUZIK TIDAK MENGGUNAKAN KOMPOSER SEBAGAI DESKRIPSI ATAU PENGHURAI:
STRUKTUR:
Beethoven, L. (2002). Fur Elise [Sheet music]. New York: Random
     House.

CONTOH LEMBARAN MUZIK DI DALAM KOLEKSI DENGAN KOMPOSER PENGHURAI
STRUKTUR:
Beethoven, L. (Composer). (2002). Fur Elise [Sheet music]. In A.
     Harrington (Ed.), Book of Music. New York: Random House.

LEMBARAN MUZIK DI DALAM KOLEKSI TANPA KOMPOSER PENGHURAI DAN DENGAN TAHUN ASAL DITERBITKAN
STRUKTUR:
Beethoven, L. (2002). Fur Elise [Sheet music]. In A. Harrington (Ed.), Book of Music. New York:
       Random House. (Original work published 1810).

E.     LAPORAN

BERCETAK
STRUKTUR:
Pengarang, F.M. (Tahun Penerbitan). Tajuk laporan (Laporan No. XXX).
      Penerbit Bandar, Negeri: Penerbit.

CONTOH:
Turnitin. (2003). What’s wrong with Wikipedia?: Evaluating the
     sources by students. Oakland, CA: iParadigms, LLC.

ONLINE
STRUKTUR:
Pengarang, F.M. (Tahun Penerbitan). Tajuk laporan (Laporan No. XXX). Diambil daripada laman web nama
     Agency: URL

CONTOH:
Gorbunova, Y. (2013). Laws of attrition: Crackdown on Russia’s civil society after Putin’s return to the presidency. Retrieved
       from Human Rights Watch Website: http://www.hrw.org/sites/default/files/reports/russia0413_ForUpload_o.pdf


F.     TEMURAMAH

STRUKTUR:
Nama akhir, FI. (Tarikh Tahun, Bulan). Jenis Wawancara [e-mel, telefon,
     temuduga peribadi, temu bual peribadi dengan [FI pihak ketiga
     Nama Akhir].

CONTOH:
Cloyd, A. (2014, July 29). Personal interview.

G.    SIARAN TV/RADIO

STRUKTUR:
Writer, F.M. (Writer), & Pengarah, F.M. (Pengarah). (Tahun siaran). tajuk 
         episod [siri televisyen episod]. Dalam F.M. Pengeluar (Penerbit
         eksekutif), nama siri TV. Bandar, Negeri saluran asal: Channel.

CONTOH:
Dick, L. (Writer), & Yaitanes, G. (Director). (2009). Simple
      explanation [Television series episode]. In P. Attanasio (Executive
      producer),House, M.D. Los Angeles, CA: Fox Broadcasting.

H.    VIDEO YOUTUBE

STRUKTUR:
Nama Akhir, F.M. [Nama pengguna]. (Tahun, Bulan Tarikh). Tajuk video.
       [Fail Video]. Diambil dari URL.

CONTOH:
[GEICO Insurance]. (2013, May 22). GEICO hump day camel
      commercial – happier than a camel on Wednesday. [Video
      File]. Retrieved from http://youtu.be/kWBhP0EQ1lA.

I.       LAMAN WEB

BERPENGARANG
STRUKTUR:
Pengarang, F.M. (Tahun, Bulan Tarikh diterbitkan). tajuk artikel. Diambil daripada
      URL

CONTOH:
Limer, E. (2013, October 1). Heck yes! The first free wireless plan is finally
         here. Retrieved from http://gizmodo.com/heck-yes-the-first-free-wireless-
         plan-is-finally-here-1429566597

TIADA PENGARANG
STRUKTUR:
Tajuk artikel. (Tahun, Bulan Tarikh diterbitkan). Diambil daripada URL

CONTOH:
India: Country specific information. (2013, October 3). Retrieved from
         http://travel.state.gov/travel/cis_pa_tw/cis/cis_1139.html

J.      RAKAMAN MUZIKAL

STRUKTUR:
Penulis lagu F.M. (Tahun Copyright). Tajuk lagu [Riwayat F.M. Terakhir (nama /
       kumpulan muzik pelaku)]. Pada tajuk Album [Pengantar rakaman]. City,
       State of label: nama label Rekod.

CONTOH:
Turner, A. (2013). Do I wanna know? [Recorded by Artic Monkeys].


      On AM [MP3 file]. London, England: Domino Records.
PUISI : SUNGAI YANG INDAH

Di pagi hari ku lihat
Hamparan bunga yang mulai mekar
Yang mengelilingi pinggiran sungai
Ditambah udara pagi yang sejuk
Menambah keaslian alam ini….
Aku berdiri disana….
Di pinggir sungai yang indah..
Sambil menikmati dan mensyukuri
Betapa hebatnya tuhan
Menciptakan semua indah
Sungai ini, mengalir mengikut arus
Sungai ini, menghidupi tumbuh-tumbuhan yang ada disini
Sungai ini pula menghidupi kami semua
Menghidupi semua makhluk
Sungaiku indah …..
Jika tidak ada air darimu
Kami semua akan mati..
Terima kasih tuhan
Yang telah menciptakan

Sungai ku yang indah.

Monday, 21 November 2016


PENULISAN KREATIF : 7 HARI MENCINTAIKU
Kisah percintaan sepasang suami isteri yang penuh dengan konflik dalam kekeluargaan tidak dapat digambarkan dengan kesetiaan yang diberikan oleh suami terhadap isterinya yang serba kekurangan.Pasangan suami isteri tersebut dalam lingkungan 25 tahun yang bernama Mia iaitu isteri kepada Khuzairi.Walaupun isterinya yang dahulu penuh dengan kemewahan dan kini hanya tinggal sehelai sepinggang selepas kematian ayahnya. Demi kasih sayang dan juga janji yang telah diamanahkan oleh ayah Mia, Khuzairi sanggup menikahi Mia dan menjaga Mia seperti yang telah dijanjikan oleh arwah ayah Mia.Walaupun mereka dikahwinkan secara tidak rela namun,Khuzairi sangat sayangkan dan setia terhadap Mia.
            Khuzairi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami terhadap Mia dengan membawa Mia tinggal bersama keluarganya.Ketika Mia tinggal dirumah keluarga Khuzairi,banyak dugaan yang telah melanda hidup Mia. Mia tidak disukai oleh ibu mertuanya, adik ipar lelaki dan tunang adiknya tersebut. Khuzairi merupakan seorang pengembala kambing dan juga seorang doktor disebuah klinik. Dalam masa yang sama, Khuzairi juga disukai oleh seorang jururawat cantik yang merupakan peminatnya ketika dibangku sekolah dahulu yang bernama Syakila. Walaupun Syakila merupakan tunang kepada adik lelaki Khuzairi, dia masih menyimpan perasaan terhadap Khuzairi sehingga dewasa. Khuzairi sering digoda oleh Syakila namun, kesetiaan Khuzairi terhadap isterinya Mia,dia tidak pernah melayan dan selalu ingatkan Syakila tentang statusnya sebagai seorang suami terhadap Mia.
            Pada masa yang sama, ibu Khuzairi juga sering bercerita tentang keburukkan dan latar belakang keluarga Mia sebelum ini kepada Khuzairi dan mahukan supaya Khuzairi meninggalkan Mia demi kebahagian dan kebaikkan Khuzairi. Walaupun Khuzairi menerima desakkan oleh ibunya, kesetiaannya terhadap Mia tidak dapat ditandingi. Walaupun Khuzairi tidak dilayan dengan baik oleh isterinya, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami terhadap Mia. Mia merupakan seorang peguam dan berasal dari keluarga yang senang lenang.Namun setelah kematian ayahnya, dia tidak mempunyai apa-apa selain daripada suaminya iaitu Khuzairi tempat dia untuk bergantung.Dalam masa yang sama, Mia tidak menyukai kehidupannya dikampung yang serba kekurangan berbanding dahulu ketika ayahnya masih bernyawa.Mia juga tidak menyanyangi suaminya Khuzairi kerana perkahwinan mereka hanya disuruh oleh arwah ayahnya.
            Mia bertekad untuk membuatkan Khuzairi membencinya dan melepaskannya.Namun, semakin banyak perkara yang menyakitkan hati suaminya yang telah dibuat, Khuzairi tetap setia dan sayang terhadap isterinya Mia. Walaupun Mia sering memberontak dan memarahi Khuzairi,Khuzairi tetap menerimanya dangan hati yang terbuka dan tetap berpegang pada kesetiaannya terhadap isterinya dan bertanggungjawab sebagai seorang suami. Mia sering merungut mengenai kehidupannya yang serba kekurangan berbanding dahulu kepada Khuzairi. Walupun Mia bersikap begitu, Khuzairi tidak pernah mengambil hati atas apa yang dikatakan oleh isterinya.Semakin banyak rungutan yang dilakukan oleh Mia semakin banyak hasutan dan ganguan daripada Syakila iaitu dia sering mengambil berat dan cuba untuk memikat Khuzairi dan hati ibunya untuk mengikut katanya dan menyingkirkan Mia dalam keluarga Khuzairi.Walaubagaimanapun, Khuzairi masih dengan pendirian dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami terhadap Mia. Dia sangat setia dan patuh dengan amanah yang diberikan kepadanya oleh arwah bapa mertuanya. Di samping itu, Khuzairi juga sangat saying dan setia terhadap isterinya sehingga sanggup memenuhi keperluan Mia agar Mia selesa dan berasa bahagia menjadi isterinya.
            Kehidupan Mia semakin hari semakin selesa jika dibandingankan dengan awal-awal dahulu.Mia semakin selesa dengan suasana kampung dan cuba untuk memperbaiki dirinya menjadi lebih baik terhadap keluarga Khuzairi.Selain itu, Mia juga mula jatuh hati dan sayang terhadap suaminya Khuzairi kerana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Khuzairi telah membuka hati Mia menjadi sayang dan cinta terhadap suaminya Khuzairi. Mereka menjadi sepasang pasangan yang bahagia apabila wujudnya kasih sayang dan cinta dalam hati masing-masing.
Dalam pada itu, datang pula bekas tunang Mia yang telah melarikan diri ketika dahulu sewaktu perkahwinan mereka mencari Mia dan memujuk Mia untuk kembali kepadanya kembali.Bekas tunang Mia yang bernama Khalil memujuk Mia supaya kembali kepadanya dengan memberikan cek 1 juta kepada Mia agar Mia terima pujukkannya itu. Khuzairi berasa sangat gelisah ketika itu kerana bimbangkan isteri kesayangannya balik kepada bekas tunangnya Khalil. Dengan tiba-tiba ,Mia mengambil cek tersebut lalu mengoyakkan cek tersebut dihadapan bekas tunangnya dengan alasan dia bahagia dengan kehidupan barunya bersama suaminya Khuzairi.Kesetiaan Mia terhadap Khuzairi juga mula wujud setelah Mia melihat pengorbanan yang dilakukan oleh Khuzairi tidak terhingga dan  membuatkan Mia semakin sayang terhadap suaminya itu.
 Seterusnya, rumah tangga mereka juga sering digangu oleh Syakila kerana cintanya yang sudah lama tertanam dalam hatinya terhadap Khuzairi semakin lama semakin mendalam.Semakin banyak dia melihat kebahagiaan Khuzairi dengan Mia semakin cemburu dan dendam dalam dirinya juga semakin meningkat.Dia cuba sedaya upaya untuk memikat hati Khuzairi dengan pelbagai cara biarpun tergadai masa dan waktunya sekalipun.  Dia sanggup mereka cerita mengenai Mia dan bekas tunangnya Khalil telah menjalinkan hubungan dibelakang suaminya Khuzairi. Syakila juga memburuk-burukkan Mia kepada ibu bapa Khuzairi dengan menyatakan bahawa Mia curang dibelakang Khuzairi.

Kesimpulannya, dengan kesetiaan Khuzairi yang sangat mendalam terhadap Mia, Khuzairi tidak percayakan orang lain selain isterinya sendiri iaitu Mia. Kesetiaan yang telah ditonjolkan dalam kisah hidup mereka ini sangat kuat dengan wujudnya keikhlasan dan kujujuran antara mereka. Kepercayaan juga sangat penting dalam sesuatu perhubungan kerana kesetiaan juga datang dari kepercayaan kedua-dua belah pihak. 

Sunday, 13 November 2016

PENULISAN POPULAR

CONTOH PERTAMA : BERITA SUKAN



Melaka.22 September, Pasukan Kedah telah berjaya ke Perlawanan Akhir Liga Malaysia menewaskan pasukan PDRM dengan agreget 2-1 di Stadium Hang Jebat Melaka. Pasukan Bola Sepak Kedah akan ke Perlawanan Akhir Liga Malaysia menentang Negeri Selangor.Menurut jurulatih Kedah,Tan Cheng Ho mengatakan hasrat beliau agar pemain-pemainnya berusaha dengan lebih gigih untuk merangkul Juara Piala Liga Malaysia tahun 2016.Final Piala Malaysia yang akan berlangsung pada Ahad ini sudah pastinya ditunggu-tunggu oleh ribuan penyokong setia pasukan Kedah.Pertemuan menentang Selangor di Stadium Shah Alam bagaimanapun dilihat bukan satu tugas mudah bagi skuad hijau kuning, apatah lagi perlu beraksi di kubu lawan.Namun laluan sukar itu tentunya tidak menjadi penghalang kepada pasukan kendalian Tan Cheng Hoe untuk mencipta kejayaan manis, sekali gus menebus kekecewaan  pada perlawanan akhir ketika bertemu Selangor musim lalu.

Walaubagaimanapun, Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih Kedah telah berjaya sekali lagi untuk membawa pasukannya ke final TM Piala Malaysia dan beliau sudah pastik akan mengharapkan aksi terbaik daripada tonggak tengah, Liridon Krasniqi. Pemain kelahiran Kosovo itu mempunyai skil bola yang tinggi dan sering kali membantu bahagian serangan dengan larian berbahaya ke pintu gol lawan.

Krasniqi yang kini berusia 24 tahun sudah pun menjaringkan lima gol setakat ini dalam TM Piala Malaysia 2016 tetapi permainan beliau adalah lebih daripada setakat menjaringkan gol. Krasniqi mampu menjadi sumber kreatif di tengah dengan lorongan bola kepada penyerang Kedah. Bermain di posisi tengah, beliau juga tidak lupa tanggungjawabnya semasa bertahan dan mempunyai daya saing yang tinggi.

Seorang lagi pemain Kedah yang dijangka akan menjadi watak utama di Stadium Shah Alam Ahad ini, tidak lain tidak bukan ialah Thiago Augusto. Hanya menyertai Kedah pada pertengahan musim, Augusto setakat dipinjam daripada Felda United. Walaupun hanya berada dalam pasukan Helang Merah untuk jangka masa yang pendek, Augusto telah berjaya mencapai rentak terbaik di bawah pimpinan Cheng Hoe.

Sebagai pemain kelahiran Brazil, Augusto juga mempunyai skil individu yang tinggi yang membolehkannya melepasi kekangan lawan dengan senang. Walaupun kebiasaannya diletakkan dalam posisi nombor "10" di belakang Shane Smeltz, Augusto telah berjaya meledakkan lima gol dalam TM Piala Malaysia. Persefahaman baik antara Augusto dan Krasniqi mungkin menjadi penentu pemenang final nanti.


CONTOH KEDUA : KOMIK





PENDEDAHAN : 
1) Resepi Sandwich Telur dan Milo Panas





2) Toturial Shawl


PENGALAMAN MENAIKI PANTING 



             Pengalaman yang saya dapat ketika menaiki banting pada pagi Khamis tempoh hari, ialah dapat mengamati keindahan waktu pagi dengan keadaan air sungai yang tenang dan menyegarkan minda.Selain itu, saya juga dapat menghirup udara pagi yang nyaman dengan kicauan burung-burung dan kehijauan alam disekeliling sungai tersebut.  Tambahan pula,perasaan saya untuk pertama kali saya menaiki banting tersebut ialah saya berasa sangat seronok dan teruja terutama bersama kawan-kawan yang lain.Saya berharap agar aktiviti diluar kelas seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Setelah hampir 3 tahun berada di UUM,hari demi hari berlalu pelbagai perkara sudah dilalui.Pelbagai ilmu sudah dipelajari tetapi masih banyak belajar,masih banyak merasa kekurangan.Apa yang penting,saya mendapat banyak pengalam berada di universiti rimba hijau.
       Pada pagi khamis lalu,kami dan kawan-kawan sekelas telah pergi Menaiki panting di sungai UUM.Bagi saya,itulah pengalam pertama saya menaiki panting.Kami berasa sangat teruja melihat keunikan ukiran panting tersebut kerana semua dibuat daripada kayu dan bentuk yang sangat unik cantik.       Bagi saya,tidak semua pelajar yang berada di UUM telah menaiki panting.Pagi itu,kami menaiki Panting seramai enam orang sahaja mengikut had muatan.Sebelum menaiki panting,saya menyangkakan panting seperti rakit,perahu,sampan tapi setelah menaiki panting ternyata ia lebih selesa berbanding yang lain.Sebelum ini,saya sudah menaiki rakit,sampan,perahu,tapi ia agak berbeza dengan panting yang saya naiki kerana ia agak lebih tenang,selesa,dan sambil itu boleh mengambil gambar.     Daripada jeti,kami bergerak melalui lawan arus air sugai yang agak tenang dan berpatah balik mengikut arus air.kami dipandu oleh juru pandu yang terlatih menggunakan galah yang panjang.Akkan tetapi,saya berasa agak sedih melihhat keadaan air Sungai yg begitu keruh.Mungkin kerana perbuatan manusia atau hujan.walaupun begitu,saya melihat sungai itu begitu cantik kerana dihiasi pokok kayuan yang hijau.Apapun kami merasakan itu pengalaman yang seronok buat pertama kali menaiki panting.       Akhir kata dari saya,kiata patut bersyukur mempunyai universiti yang begitu cantik dikelilingi keidahan alam semulajadi.seperti sungai,pokok-pokok besar,hutan yang boleh diterokai dan lain-lain.Pada pendapat saya,menaiki panting ini perlulah dipromosikan kepada ramai lagi pelajar di UUM.