PENGALAMAN MASUK UUM
Universiti ini merupakan sebuah university yang berada
di utara semenanjung iaitu Universiti Utara Malaysia atau nama singkatan UUM.
Lepas habis Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia atau STPM saya ditawarkan belajar
peringkat ijazah sarjana muda dekat UUM ini. Memang masa isi UPU dulu, UUM
ialah pilihan pertama saya tapi tidak menyangka akhirnya saya ditawarkan
menyambung ijazah dekat sini. Dulu sebelum masuk UUM, rasa gembira sebab dapat
menyambung pengajian dekat universiti pilihan pertama dan bersyukur kepada
Allah. Sebelum masuk ke sini ramai kawan-kawan mengejek saya kerana dapat masuk
universiti dalam hutan dan jauh daripada keluarga. Bagi saya semua itu tidak
penting kerana mungkin ada hikmah disebaliknya untuk saya. dalam surat tawaran
UUM saya dapat menyambung pengajian dalam bidang ijazah sarjana muda Pengurusan
Industri Kreatif (BCIM).
Kini tibalah masa yang ditunggu oleh saya untuk
mendaftar sebagai seorang mahasiswa UUM
iaitu pada 1 September 2013 secara rasminya. Masa mula-mula saya daftarkan diri
di dewan penginapan pelajar (DPP) laluan C iaitu Dewan Penginapan Pelajar Bank Muamalat.
Dewan penginapan pelajar ini boleh dikatakan sebagai asrama bagi pelajar-pelajar
UUM. DPP BANK MUAMALAT ini menjadi tempat tinggal saya bagi minggu suai kenal
atau orentasi. Rakan sebilik saya semasa di DPP Bank Muamalat merupakan orang
Kedah dan satu program dengan saya. Kami tidak mempunyai masalah komunikasi
antara saya dengan rakan keranna masing-masing menggunakan Bahasa loghat yang
sama.
Kini tibalah hari pertama saya ke kuliah. Hari pertama
ke kuliah begitu mendebarkan dan perasaan takut menyelubungi diriku kerana
memikirkan perwatakan pensyarah samada baik atau garang dan tidak tahu cara
pembelajaran di universiti macam mana. Pada hari pertama kuliah saya bersiap
awal untuk ke kuliah. Budak baru memang awal-awal semester pergi kelas awal.
Semasa sampai di dalam kampus saya menghadapi masalah mencari dewan kuliah
kerana di UUM kerana terlalu banyak. Dengan bantuan seorang perempuan yang saya
fikir senior, saya dapat menjumpai bilik kuliah tersebut.
Selepas sehari demi sehari aku melanjutkan pelajaran
di universiti saya berasa bertuah kerana diberi peluang untuk melanjutkan
pelajaran di university berbanding orang lain di luar sana. Semasa awal
semester saya menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran baru saya hadapi dalam
membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mana tidaknya saya tidak tahu
membuat tugasan yang betul berbanding di sekolah dahulu yang sentiasa dibimbing
oleh guru-guru. Setelah itu barulah saya tahu cara membuat tugasan yang betul
selepas bertanya senior dan pensyarah.
Setelah empat bulan belajar di UUM, peperiksaan akhir
semester pertama bagi saya bermula. Pada mulanya saya agak risau untuk
menghadapinya kerana menganggap diri ini tidak cukup ilmu lagi untuk menghadapi
peperiksaan. Semasa hari pertama saya menghadapi peperiksaan di dewan utama
iaitu Dewan Muadzan Shah atau DMAS saya kerap kali keluar ke tandas kerana
sejuk dengan keadaan yang hujan di kuar dewan ditambah dengan kesejukan
panghawa dingin.
Saya berharap semester lepas biarkan ia berlalu pergi
dengan kenganan manis dan pahit. Sampai di sini saja yang mampu saya kongsikan
pengalaman dan kenangan saya semasa di UUM untuk semester pertama. Terima kasih
kerana sudi membaca nukilan say yang tidak seberapa ini.